Flaming Arrow Glitter Purple
Flaming Arrow Glitter Purple

Wednesday, June 29, 2011

hasil kerja tangan ku sendiri....:)

baju-baju customer.....:) cuci-cuci la mata k....kalu minat tempahan masih dibuka....:)



tempahan oleh kak iza dari ayer itam :)


 tempahan oleh 'Nur Adela Aziz' dari sungai petani..:)

tempahan dari 'Kak Midah (Acik Musa) dari batu maung..:)

tempahan dari Kak Intan dari ayer itam...:)

saya sedia menerima tempahan harga mengikut BAJET anda....design boleh dirunding.....tempahan dibuka SEKARANG!! CEPAT2 HANTAR SEBELUM TEMPAHAN DITUTUP UNTUK RAYA....:) sebarang pertanyaan boleh pm saya di FACEBOOK (NURUL ALIA ATIQAH) ataupun terus hubungi saya 013-5892186...

Tuesday, May 31, 2011

~PROMOSI HEBAT.......!!!~

Assalamualaikum....hai everyone....

Anda ingin nampak kelainan pada baju atau tudung anda..dengan dihiasi indah dengan sulaman manik...atau anda ingin memberi nafas baru pada baju lama...??

 Saya ingin mengumumkan..TEMPAHAN JAHITAN MANIK SEMPENA HARI RAYA 2011 DIBUKA SEKARANG!


Sebarang tempahan boleh dibuat melalui email saya lieya_185@yahoo.com.my
atau boleh terus hantar tempahan anda melalui by hand kepada saya (untuk area penang dalam pulau sahaja).. datang ke rumah saya atau boleh hantar melalui pos....:-)

So...raya pun dah dekat kan? saya nak buat PROMOSI HEBAT!!! 5 ORANG YANG TERAWAL YANG MENEMPAH AKAN DAPAT SEPARUH HARGA + HADIAH ISTIMEWA DARIPADA SAYA....

Ape tunggu lagi....sape cepat...dya DAPAT!!! :)




Sunday, May 29, 2011

~MAN!K MAN!K MAN!K~

Assalamualaikum semua....hai....ape khabar semua??

Hopefully u all sihat lah ye....:) thanks n kredit ++++ to all sape yang sudi menjenguk and luangkan masa dekat blog i nie...okey...<'!'>

Acutlly i nak kongsi dengan u all semua...tentang design manik yang baru je i buat minggu nie....
hopefully u all semua suka...:) and i memang ambik tempahan jahitan manik....and to sape yang berminat boleh email sy... lieya_185@yahoo.com.my

 manik dekat tudung and sebelah je...:)

ape pendapat u all?? (sila abaikan model tue okey...) hahaha :)

 baru je siap semalam...bunga nie ade 5 kumtum...:)

sory...teknik cahaya plak...tapi kalu u all pakai memang nak meletup gitu...
glamor abis...:)

So?? cam ne? cantik x? minat x? u all boleh emaikan pada i lieya_185@yahoo.com.my tuk sebarang pertanyaan and tempahan...TEMPAHAN DIBUKA...

Saturday, May 28, 2011

~SMART HERBS~

Hai...semua...ape khabar ari nie?? harap2 sihat lah yer....:) ok...hari nie i nak cerita kat u all pasal produk smart herbs...ape 2 smart herbs? smart herbs nie sebuah syarikat yang beroperasi di SEREMBAN NEGERI SEMBILAN... hahahah....kampung i tue...(Semuanya kebetulan je okey?? ) okey syarikat Smart Herbs nie ade 5 produk yang menarik...
1. Kopi Barli ( Primix Coffee- Barly)
2. Kacip Fatimah ( Primix Coffee - Kacip Fatimah)
3. Tongkat Ali (Premix Coffee - Tongkat Ali)
4. Losyen Pati Hali Cengkeh
5. Susu Kambing Dan Madu

ape la yang menarik kan tentang produk nie? sebab dah banyak kan kat pasaran sal tongkat ali, kacip fatimah nie semua? betul kan? tapi ade kelainannya...dengan kopi nie semua...anda boleh minum kopi nie(bancuh) tanpa perlu lagi anda tambah susu/gula... meh saya cerita pasal khasiat kopi-kopi tue semua okey??

nie gambar kopi barli tue okey??

Kandungan
Khasiat
Barli Bakar Khasiat utama Barli bakar ialah untuk menjaga
dan membersih buah pinggang terutama
untuk melancarkan process percernaan
dan pembersihan darah. Ia akan menghindarkan
penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang
seperti penyakit batu karang
Ubi Beet MerahKaya dengan khasiat zat besi penting
untuk pembentukan hemoglobin bertujuan
untuk pembekuan sel-sel darah merah.
Selain itu, red pigment bitaine berfungsi
sebagai antikanser.
Gula Perang Secawan gula perang mengandungi 187 mg
Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun
dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula
pasir yang hampir langsung tidak mempunyai
zat garam galian. Phosporous sangat penting
untuk tulang dan mempercekapkan sistem
saraf serta menajamkan minda
Kopi ArabiacaSejenis kopi yang sangat digalakan untuk di
minum seisi keluarga kerana kandungan
kaffein yang sangat rendah berbanding
dengan kopi biasa.
KrimerKrimer yang digunakan bukan dari jenis
tenusu yang jelas mengandungi paras lemak
yang rendah. Ia sesuai untuk amalan kesihatan
dan dalam pemakanan yang seimbang.

nie kopi kacip fatimah 8 dalam 1 okey??? hahaha :)

Kandungan
Khasiat
Kacip FatimahKhasiat utama Kacip Fatimah adalah untuk
penjagaan kesihatan dalaman wanita.
Membantu wanita lebih active dari segi
mental dan fizikal.
MenjakaniMengembali dan mengekalkan keremajaan
wanita. Membantu pengecutan lemak di dalam
badan di samping menegang dan mengembalikan
keanjalan otot pada dinding sistem peranakan wanita.
Ubi Beet MerahKaya dengan khasiat zat besi penting untuk
pembentukan hemoglobin bertujuan untuk
pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu,
red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser
Mas CotekMas Cotek digunakan terutamanya untuk
membantu melancarkan peredaran darah
Gula PerangSecawan gula perang mengandungi 187 mg
Kalsium, 56 g Phosphorous, 757 mg Potasiun
dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula
pasir yang hampir langsung tidak mempunyai
zat garam galian. Phosporous sangat penting
untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf
serta menajamkan minda.
Kopi ArabicaSejenis kopi yang sangat digalakan untuk di
minum seisi keluarga kerana kandungan kaffein
yang sangat rendah berbanding dengan kopi biasa.
KrimerKrimer yang digunakan bukan dari jenis tenusu
yang jelas mengandungi paras lemak yang rendah.
Ia sesuai untuk amalan kesihatan dan dalam
pemakanan yang seimbang
CollagenMembantu awet muda dan menjadikan kulit
sentiasa anjal, lembut dan licin. Membina sel-sel
mati dan rosak.

nie tongkat ali....9 dalam 1...:)

Kandungan
Khasiat
Tongkat AliKhasiat Tongkat Ali ialah untuk merangsang
dan menambah pengeluaran hormon testos terone
di kalangan lelaki dan juga untuk kesihatan dalaman.
Disamping itu, ia juga berkesan untuk merawat
'hypertension'.
Ubi Jaga Sama seperti tongkat Ali. nama saintifik Radixs
milax myosotoflora.
Ubi Beet Merah Kaya dengan khasiat zat besi penting untuk
pembentukan hemoglobin bertujuan untuk
pembekuan sel-sel darah merah. Selain itu,
red pigment bitaine berfungsi sebagai antikanser
Mas Cotek Mas Cotek digunakan terutamanya untuk
membantu melancarkan peredaran darah
Ginseng Ginseng digunakan sebagai bahan untuk
meningkatkan stamina dan ketahanan badan.
Guarana Guarana di kenali sebagai bahan untuk
meningkatkan daya ketahanan fikiran,
mencegah keletihan dan meningkatkan
stamina dikalangan orang dewasa.
Gula Perang Secawan gula perang mengandungi
187 mg Kalsium, 56 g Phosphorous,
757 mg Potasiun dan 97 mg Sodium
berbanding dengan gula pasir yang
hampir langsung tidak mempunyai
zat garam galian. Phosporous sangat
penting untuk tulang dan mempercekapkan
sistem saraf serta menajamkan minda.
KrimmerKrimer yang digunakan bukan dari jenis
tenusu yang jelas mengandungi paras
lemak yang rendah. Ia sesuai untuk amalan
kesihatan dan dalam pemakanan yang seimbang.
Kopi Arabia Sejenis kopi yang sangat digalakan untuk
di minum seisi keluarga kerana kandungan
kaffein yang sangat rendah berbanding
dengan kopi biasa.

nie losyen pati halia...leh kempiskan perut korang...cm perut sy sekarang...:)

Khasiat
Menghangatkan bahagian "takungan lemak" dan
seterusnya membakar lemak di kawasan tersebut.
Membantu mengempiskan perut buncit dan
merampingkan badan.
Merawat dan mengurangkan selulit di
kawasan bermasalah
Membuang angin lebihan dalam badan,
melegakan kembung perut dan senggugut.
Losyen urutan untuk menyegarkan seluruh badan.
Sesuai digunakan bagi wanita yang baru bersalin.

nie susu kambing....:) memang elok...

Khasiat
Susu kambing mempunyai molekul protin &
lemak yang sangat halus serta mudah hadam
berbanding dengan susu lain. Ianya sangat baik
untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang
mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan
zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid,
maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih
rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk
kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu
& susu tepung.
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali.
Maka ianya tidak menjana acid dalam darah
atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid
dalam badan.
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam
susu kambing bertindak sebagai bahan bagi
membantu sistem ketahanan sel badan manusia
dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan
virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan
organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus
menjadikan kita sihat.
Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam
susu kambing serta kandungan sodium yang rendah
dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk
tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati
yang normal.
Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk
tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma,
eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

So??? adakah anda semua teruja??? hahahaha....kalu u all minat u all boleh la email sy...or yang nak jadi pembekal ke??? pun boleh...tambah kan duit pendapatan....:) or nak minat saje-saje dengan ahli keluarga pun boleh....jum kita baca testimoni plak okey??

TESTIMONI

Testimoni nie dari i sendiri....i nie sebenarnya xsuka sangat minum-minum kopi nie... 1 ari tue mak i saje suh i rasa kopi barli tue..kebetulan i memang suka barli..i pun try...peeehhhh!! sedap....:) and kalu u all nak tahu...sistem pembuangan saya menjadi lancar...(suke sangat2...sebab i ade masalah sembelit)
sejak tue i mengamalkan minum kopi barli 2 time bangun pagi...jangan risau...anda tak kan jadi cirit birit...dya just buang makan yang anda makan semalam...2 je...:)

Selain tue juga, i try minum kacip fatimah...kopi nie bagus tuk yang dah kawin dan yang masih bujang pra tang-tang gitu...hahahaha :) sebab boleh menghilangkan masalah keputihan bagi yang remaja-remaja 2....(i tahu banyak yang mengalami masalah nie..termasuk i..) semakin hari...masalah keputihan saya dapat diatasi...:) time kasih smart herbs...:)

''Dulu saya selalu sakit ulu hati dan sering rasa tak bertenaga. Tapi semenjak saya mengamalkan kopi Tongkat Ali Smart Herbs, sakit saya semakin berkurang dan saya rasa sungguh bertenaga. Memang hebat!!'' Encik M. Hanim M. Yassin (Kuala Selangor)

Harap u all suka.....selamat mencuba dan membeli...:)


Friday, May 27, 2011

~Mee Udang Pulau Sayak~

hai....assalamualaikum semua......:)
sory baru nak update blog....so ari nie..i nak kongsi dengan u all semua...
cerite pasal MEE UDANG PULAU SAYAK.... 
i dah banyak dengar pasal kesedapan mee udang kat pulau sayak tue..
and tibe2 teringin sampai kecur-kecur air liur nie nak makan mee udang 2...hahahaa
alhamdullilah...syukur...impian termakbul kredit to my hubby ahmad rozaiman b ahmad rosly..
dya la driver saya...hahahaha....:)


 nie la mee udang pulau sayak....besar2 tak udang 2?? :)
    hahaha....terliur la 2 kan3??? hahahaha......
actually....bila dah sampai sane...awak2 semua mesti terkejut...sebab banyak gak kedai mee udang kat sne...so korang pilih la kat mane yang korang nak makan...:) tak silap i ade dua buah kedai sebelah2..mee udang...and ++kredit sebab tepi laut...memang best....nyaman je rasenye...:) sambil2 tunggu mee udang tue...kami pun post2 possing la....hahahahaha.....

 me and he....:) knp??? comey ekh...hahaha...sory ekh...dah jadi kepunyaan orang....
doakan kebahagian kami...:)
kalu u all pun teringin nak makan mee 2...korang g la...kat kuala muda kut xsilap... tapi yang pasti korang ikut je arah ke PANTAI MERDEKA nanti korang akan jumpa arah ke pulau sayak...:) jangan risau...tak kan sesat punya....hehehheehehehe
thanks tuk yang sudi membaca....kredit +++ and sayang you all....:) nanti kite jumpa lagi k.....bye2..n selamat menjamu mata..hahahaha...:)

Sunday, May 1, 2011

~CUTI SEM~

assalamualaikum.....
hai kawan2 semua...alhamdulilah....i dah selamat pulang ke rumah tercinta di penang...i sebenarnya baru MERDEKA! petang tadi...i ade last paper petang tadi ''marketing'' start pukul 2.15 sampai 5.15 petang...
alhamdulilah...misi kemas mengemas berjalan dengan lancar and sampai nak tercabut pinggang ak sebenarnya...hahaha....macam biase tiap kali nak masuk sem and habis sem my parents yang akan datang ambik i kat UiTM nie..so diorang sampai dalam pukul 5.30 kut....i pun xperasaan yang i perasaan time dah keluar dari uitm 2 dah pukul 6...hehehe...(cepat gak bawak turun barang...) heheheh.... sebelum balik...''SHOPPING TIME'' heheheh...makan dulu kat kedai nasi kandar....my mum kate tak bape sedap sangat nasi dya...huhuhu... mahal plak 2.... pastu my mum borong kerongsang...n i pun borong selendang...hahaha....cantik2 sangat2...hehehehe...i like!! harga dya pun...memang murah sangat2...my mum teruja okey...heheheh...so i sampai penang pukul 10 malam selamat i jejak kaki di rumah i nie... so saje2 je nak update blog nie...sebab dah lame kan x update.. Selasa nie i akan berangkat ke Melaka plak....hehehe so i nak ucapkan TAHNIAH tuk sape2 yang dah abis Final Exam...same2 la kita tunggu keputusan k....have a nice day!! :)

Thursday, April 28, 2011

~manus!a~

Kadang-kadang kita sebagai manusia
perlukan masa sendiri untuk munasahabah diri
Kadang-kadang kita diri kita hina, selalu buat salah,
selalu buat masalah, kita rasa nasib kita malang...
Kadang-kadang kita rasa diri kita bagus, tak penah buat masalah,
tak penah buat salah, nasib kita sentiasa baik..
Kita jadi riak, kita jadi lupa bila kita dah berjaya...
Kita jadi hampa, menyesal bila kita tewas, dan tak penah
mengaku kesalahan kita sendiri walaupun kita sedar kita salah..
Itulah manusia yang serba kekurangan...
Oleh disebabkan kekurangan itulah..
Allah S.W.T ciptakan kita berpasangan
Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kanan,
bukan dari belakang atau pun depan
Bukan untuk dikeji dan bukan juga untuk dihina,dipukul dan dimaki,
tapi supaya hawa sentiasa berada disisi adam disaat susah ataupun senang.
Supaya adam boleh memimpin dan menegur jika hawa melakukan kesalahan
Hawa sentiasa berada di sisi adam supaya adam tidak leka pada tanggungjawabnya
di dunia yang fana ini.....

ikhlas daripada hati saya...
nurkilan : nurul alia atiqah